|
Sanchi (Panax Notoginseng) merupakan tumbuhan dari Famili Aralianceae dengan Genus Panax. Ia terkenal sebagai ubat tradisional yang bernilai dengan akar, batang, daun, bunga dan buahnya yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Kandungan utamanya Rg1-Rb1 adalah dua kali ganda lebih tingi daripada ginseng. Ia berkesan untuk melawan keletihan, menahan hipoksia, melambatkan proses penuaan, menurunkan paras lipid plasma, mengaktifkan peredaran darah, meningkatkan fungsi keimunan badan dan sebagainya.
Kandungan aktif seperti saponin dan flavonoid yang terkandung dalam Sanchi mempunyai kesan yang ketara untuk menguatkan jantung, mengembangkan saluran darah, meningkatkan pengaliran darah dalam arteri kononari, menurunkan tekanan arteri dan mengurangkan penggunaan oksigen oleh otot jantung.

|